Sunday, October 23, 2011

Surah Ar Rahmaan

Teknik hafal surah ar rahmaan

Statistik

Surah Ar Rahmaan nih special case studies seandainya nak menghafal sebab ada satu ayat tuh berulang ulang kali,kepada yang selalu baca,ayat yang berulang ulang kali berbunyi “Fabiiayiallairabbikumatukazziban”.Surah Ar rahmaan ada 78 ayat.Start daripada ayat ke 13 sehingga ke 77 ada sebut “Fabiiayiallairabbikumatukazziban” berulang ulang kali.Dalam setiap muka surat al quran rasm uthmani ada 15 baris.Surah Ar Rahmaan ada dalam 4 muka surat which is start dari muka surat 531 sehingga muka surat 534 al-quran dan ada 46 baris start dr bismillah.Starting baris ke 6 dalam muka surat 531 al-quran dan berhenti pada baris ke-6 dalam muka surat 534 al-quran.Dalam surah ar rahmaan,ayat “Fabiiayiallairabbikumatukazziban” sebut sebanyak 31 kali,so ada 47 ayat baru nak hafal.Honestly mana mana surah nak counqer dalam area otak kanan perlu buat statistic.

Teknik

Post nih nak cerita macam mana ko nak develop otak kanan ko dengan lebih jauh which is associated with skill visualisation,imagination,photographic memory,irama dan rentak. Aku bagi kes study,contohnya macam nih kalau dah hafal surah yassin kesemuanya 83 ayat,cthnya nak instruct otak pergi terus ke ayat 77 dan baca on the spot adakah boleh berlaku kalau just hafal pakai otak kiri sahaja???sudah tentu tidak bukan,sebab ko Cuma boleh reach ayat ke 77 seandainya ko start baca awal dari ayat pertama,memandangkan sudah hafal pakai otak kiri sahaja, ko akan reach ayat ke 77 bila ko baca 2 perkataan terakhir dalam ayat ke 76,tindakan secara spontan akan berlaku dan ko akan baca ayat ke 77.Sebab tuh kalau tersasul atau kantoi dalam bacaan hafalan,ko mungkin akan backward yg terlalu jauh……mungkin backward kepada ayat pertama untuk reach balik ke ayat 77 ataupun backward ke ayat 50 untuk reach balik ke ayat 77 ataupun backward balik ke ayat 63 untuk reach balik ke ayat 77 untuk perbetulkan balik bacaan hafalan.Best tak kalau ko boleh terus instruct otak ko baca ayat mana mana,ayat ke berapa dalam surah yassin dengan precision dan accuracy with skill visualisation,imagination, photographic memory,irama dan rentak

Al Quran software

Ini crucial,device technology yg penting sangat untuk develop much further otak kanan ko.Ko boleh usha from website
kedai nih dekat je dgn stesen taman melati lrt putra,cuba click "contact us" dan cari location dalam google map dgn taip " Melati Point Business Centre Off MRR2 "

Usha juga


sekarang nih dah macam macam teknologi,zaman muda muda dulu dan dahulukala kena buka computer,tunggu sekejap bagi dia running,buka al-quran software then baru boleh dengar satu ayat ulang ulang daripada imam sheikh al-khusairy.Sekarang nih ada teknologi macam nih iaitu digital quran…kemudahan technology nih “at anywhere and at anytime”…senang dan simple dan tak berat..boleh bawa kemana mana sahaja...mobile phone quran yang boleh baca al quran version rasm uthmani yang ada mp3 quran daripada pelbagai imam masjidil haram,ada computer kecik stail handphone….boleh dikatakan macam ipod lah,ada notebook quran,semua nih specific technology khas untuk dekat dengan quran dan obviously memudahkan untuk counqer surah dan develop otak kanan.Dalam digital quran ada al quran software,so kalau naik tren putra sure habis kan masa lebih daripada sejam dalam sehari maka dalam tempoh masa tersebut ko boleh tengok satu ayat tuh daripada mobile phone quran ataupun ipod quran version rasm uthmani dan “DENGAR SATU AYAT TUH BERULANG ULANG KALI”,apa yg aku maksudkan…..contohnya nak hafal ayat ke 15 surah ar-Rahmaan,software dalam digital quran tuh boleh accommodate kepada specific range membaca mp3 ayat ke 15 berulang ulang kali,so dalam setengah jam tren tuh ko akan dengar mp3 ayat ke 15 sahaja berulang ulang kali sambil tengok ayat quran version rasm uthmani dan juga software dalam digital quran nih juga boleh accommodate kepada specific range dari ayat ke berapa kepada ayat ke berapa,contohnya daripada ayat ke 21 kepada ayat 27 atau kepada ayat 33,so ko just akan dengar mp3 ayat ke 21 hingga 27 berulang ulang kali. Dalam surah ar rahmaan,ayat “Fabiiayiallairabbikumatukazziban” sebut sebanyak 31 kali,so ada 47 ayat baru nak hafal,setiap satu ayat tuh yang dari 47 ayat tuh still ko kena dengar mp3 berulang ulang kali…contohya ayat ke 3 ko dengar berulang kali,contohnya ayat ke 4 ko dengar berulang ulang kali,contohnya ayat ke 5 ko dengar berulang ulang kali dan begitu juga seterusnya,itu senang ada al-quran software dalam al-quran digital yang boleh nak accommodate kepada specific satu ayat tuh yang boleh nak dengar berulang ulang kali.Memandangkan dalam surah ar rahmaan ada ayat“Fabiiayiallairabbikumatukazziban” berulang ulang kali so buat range daripada mp3 ,ayat ke berapa dan keberapa ko nak dengar berulang ulang kali,aku pecahkan kepada 3 lebih ayat,mula 3 lebih ayat and then baru break down to 3 ayat iaitu

Ayat ke 12 sehingga 15
Ayat ke 15 sehingga 17
Ayat ke 17 sehinnga 20
Ayat ke 20 sehingga 22
Ayat ke 22 sehingga 24
Ayat ke 24 sehingga 27
Ayat ke 27 sehingga 29
Ayat ke 29 sehingga 31
Ayat ke 31 sehingga 33
Ayat ke 33 sehingga 35
Ayat ke 35 sehingga 37
Ayat ke 37 sehingga 39
Ayat ke 39 sehingga 41
Ayat ke 41 sehingga 44
Ayat ke 44 sehingga 46
Ayat ke 46 sehingga 48
Ayat ke 48 sehingga 50
Ayat ke 50 sehingga 52
Ayat ke 52 sehingga 54
Ayat ke 54 sehingga 56
Ayat ke 56 sehingga 58
Ayat ke 58 sehingga 60
Ayat ke 60 sehingga 62
Ayat ke 62 sehingga 64
Ayat ke 64 sehingga 66
Ayat ke 66 sehingga 68
Ayat ke 68 sehingga 70
Ayat ke 70 sehingga 72
Ayat ke 72 sehingga 74
Ayat ke 74 sehingga 76
Ayat ke 76 sehingga 78

Kelebihan buat range macam nih bila dengar mp3 surah berulang ulang kali adalah selepas ayat yang sebelah kiri yang kat atas nih,sure ada keluar“Fabiiayiallairabbikumatukazziban”…..contohnya Ayat ke 72 sehingga 74,Selepas ayat ke 72 confirm keluar“Fabiiayiallairabbikumatukazziban” iaitu ayat ke 73,so bila ko dah guna combine teknik iaitu

1)contohnya dengar bacaan mp3 surah daripada digital quran ayat ke 70 sahaja berulang ulang kali selama setengah jam lebih time dalam transportation

2)dan dengar bacaan mp3 surah daripada digital quran ayat ke 70-72 berulang ulang kali selama setengah jam lebih maka akan create refleks…….bermaksud bila baca ayat ke 70 je…..ko dah tau outcome ayat ke 71 adalah “Fabiiayiallairabbikumatukazziban”…….dan ketika ko tengah baca ayat ke 70 juga,at that time…..ko dah tahu outcome ayat ke 72,semua nya sebab ko dah create irama dan rentak(otak kanan)sebab dah dengar mp3 surah banyak kali.

Positioning

Best tak kalau mind ko sepertimana ko tengok quran seolah olah berada di depan mata.Sebenarnya teknik mendengar satu ayat itu sahaja berulang ulang kali dan sambil tengok satu ayat tersebut daripada al quran software yang ada dalam digital quran membolehkan otak ko locate ayat surah itu dimana dan memastikan sebutan bunyi ayat itu adalah ayat yg keberapa.Dalam post blog sebelum neh aku ada explain kan tentang teknik visualisation,imagination and photographic memory.Apabila combine teknik iaitu

1)contohnya dengar bacaan mp3 surah daripada digital quran ayat ke 70 sahaja berulang ulang kali selama setengah jam lebih time dalam transportation

2)dalam setengah jam dalam transportation tuh sambil mendengar satu ayat ke 70 tuh sahaja berulang ulang kali,maka gunakanlah teknik visualisation,imagination and photographic memory at the same time bila tengok ayat quran tersebut yang rasm uthmani daripada digital quran,practice ulang ulang

3)Sebab tuh aku kata buat statistic terlebih dahulu amat penting kalau nak develop much further otak kanan dalam nak counqer surah.Contohnya satu ayat tuh ke 70 ko perlu tahu baris keberapa dalam muka surat quran rasm uthmani,locationnya kat mana……..sama ada ayat tuh start pada atas kiri atau atas kanan atau kanan tengah atau kiri tengah atau tengah tengah atau tengah bawah,kena ada eagle eye lah,mata kena sensitif.Contohnya dalam masa setengah jam transportation tuh juga,cubalah tengok satu ayat ke 70 tuh berada di location mana dalam digitalquran rasm uthmani,dan obviously kena guna teknik visualisation,imagination dan photographic memory seandainya nak hafal location surah tuh di mana……practice ulang ulang,confirm boleh baca ayat hafalan seolah olah quran di depan mata

Aware

skill aware nih kena tinggi bila baca surah ar rahmaan melalui ayat hafalan sebab banyak ayat berulang ulang kali iaitu “Fabiiayiallairabbikumatukazziban”. Tapi apapun seandainya ko dah hafal surah nih,honestly tak boleh baca laju laju,kena smooth,cool dan rilek je……kalau surah yassin yang sudah dihafal seandainya baca laju laju ….time requirement Cuma tak sampai 9 minit,tapi ar rahmaan kena baca smooth,cool dan rilek sebab banyak ayat "Fabiiayiallairabbikumatukazziban” berulang ulang kali.Bila dah mahir skill kat atas nih yg no1 dan no2 dan no 3 dan ko buat juga pada semua ayat ayat surah lain yg ko nak hafal,

1)confirm gila at anytime and anywhere ko boleh terus instruct otak ko baca ayat ke berapa dalam surah……nak baca terus ke ayat ke 24,ke37 atau 69 tanpa perlu start daripada ayat pertama

2)obviously bila baca ayat hafalan makin akan rasa seolah olah nampak ayat alquran tuh berada di depan mata bila ko selalu practice ulang ulang skill kat atas nih

Feel

Apabila sudah hafal surah Ar rahmaan,kalau nak develop lagi otak kanan yg berkenaan dengan irama dan rentak,contohnya ko pilih mp3 sheikh sudais dalam nak menghafal surah ar rahmaan,tapi sentiasa make sure ketika ko baca kesemua ayat hafalan surah ar rahmaan ko kena baca stail sheikh sudais 100%,semua kena ikut sama ada alunan irama suara dia,panjang pendek suara dia,dia berhenti kat mana,sama ada dia sambungkan ayat bacaan tanpa berhenti….pendek kata semua ikutlah,kira bermaksud ko hafal cara bacaan sheikh sudais lah dan ko baca ayat hafalan stail sheikh sudais.Nih add on nih,kata lah ko dah hafal irama rentak cara bacaan surah ar rahmaan stail sheikh sudais,add on lagi,tambah lagi dalam memory ko cara bacaan pelbagai imam masjidil haram seperti
1)sheikh saad al ghamidi
2)sheikh shuraim
3)Sheikh Abdullah Awad Al Juhany
Lepas nih lifestyle sure lain lah,bila rajin mendengar mp3 surah pelbagai imam dan hafal irama rentak bacaan pelbagai imam,confirm…….ko berjalan kaki kat mana mana ko boleh terdengar bacaan mp3 surah padahal takde siapa pun tengah mengaji dan ko tak on pun mp3 ko,itu feel yg best

Revision

Obviously bila nak revision surah,make sure sentiasa guna kedua dua belah otak lah dalam dailylife,aku share pdf surah nih,sesuai untuk otak kiri,cuba download dan print daripada wikipedia surah ar rahmaan
ko masuk then scroll down ke bawah dan click arabic text yg kat……..
ko click pdf tersebut,save as and then kalau nak revise dalam computer senang je kan,terpulanglah kalau nak print,jadikan mp3 surah sebagai teman time sebelum tidur ok gak,pendek kata 12 jam lebih dalam sehari dengan mp3 surah je,tak kisahlah sama ada time kerja ke dengan walkman mp3 digital quran,time shopping ke dengan walkman mp3 surah,jogging dengan walkman mp3 surah.Apabila sudah banyak hafal surah cubalah baca ayat hafalan surah dalam solat sunat tahajjud,contohnya seperti

Rakaat pertama=surah yassin,Rakaat kedua =surah al mulk
Rakaat pertama=surah as-sajdah,Rakaat kedua=surah muhammad
Rakaat pertama=surah ar rahmaan,rakaat kedua=surah al waqiaah
Rakaat pertama dan kedua split setiap 55 ayat untuk bacaan surah al-kahfi
Rakaat pertama dan kedua dan solat seterusnya baca juz amma iaitu surah ke 78 sampai ke surah 114 dalam al quran

pandai pandai lah revise