Monday, May 4, 2020

Basic Control Bacaan Surah Yassin

Basic Control Bacaan Surah Yassin yg sudah dihafal.

1)Tahu perkataan pertama dan perkataan terakhir dalam setiap ayat,dan juga tahu bacaan ayat adalah ayat keberapa dalam surah tersebut,ini kena refer tafsir perkata.Boleh juga buat mind map berkenaan perkataan pertama dan perkataan akhir bagi setiap ayat dengan refer tafsir perkata,indicate juga ayat keberapa.

2)Hafal alunan dan irama bacaan qari pilihan.Seandainya tak on MP3 pun,hati rasa macam seolah olah terdengar bacaan surah padahal tiada siapa pun play kan MP3 surah tersebut.

3)Kenal pasti ayat yang lebih kurang sama,contohnya ayat ke 29 dan 53,bezakan dengan tafsir perkata.Begitu juga bagi ayat 66 dan 67,dua perkataan permulaan bagi dua ayat tersebut memang sama,so tafsir perkata penting untuk membezakan perkataan dalam dua ayat tersebut.



4)Kenal pasti ayat yang sama dan ada juga dalam surah al mulk seperti ayat ke 48 surah yassin,ini penting bezakan perkataan permulaan bagi ayat seterusnya dengan menggunakan tafsir perkata supaya tak pasal pasal sambung terus ke ayat 26 dalam surah al mulk.Kena buat comparison ayat ke 48-49 surah yassin dan ayat ke 25-26 surah al mulk.

5)Self calculation control.Ayat ke 33 dan 37,dua perkataan permulaan bagi dua ayat tersebut adalah sama.Bezakan dengan tafsir perkata dan kenal pasti perkataan ketiga bagi dua ayat tersebut.Perkataan ketiga bagi ayat ke 33 adalah "Ardu" dan bagi ayat ke 37 adalah "lailu".Bagi yang sudah hafal kesemua ayat dalam surah yassin,sebagai double check,jadikan perkataan pertama dalam ayat ke 36 iaitu "Subhanal" sebagai control.Bila baca ayat ke 36 dengan sebut perkataan "Subhanal".......dah tahu dah dalam hati iaitu nanti bila baca dua perkataan permulaan dalam ayat ke 37,just terus sebut perkataan "lailu" supaya bacaan flow tuh tak kantoi dan tak terpergi semula ke ayat 33.

Semoga bermanfaat