Sunday, August 9, 2020

Idea Control

Idea control datang selepas tak baca hafalan surah Ar-Rahman selama sebulan.Surah lagi panjang daripada Ar-Rahman memang boleh maintain selepas sebulan.Itu sebab penting guna kedua belah otak dan maksimumkan penggunaan kesemua pancaindera.So akan create long term memory.Tak baca sebulan sebab nak eksperimen.Nak test long term memory ke tak.Dah obsess dengan queen sacrifice move itu masalahnya.Aku macam mencari jawapan,kenapa tak boleh maintain Surah Ar Rahman selepas sebulan tapi surah lagi panjang memang boleh maintain.Ntah macam mana ntah,selepas dua tahun fikir,baru dapat ilham.Rupanya control issue.Kena create control.Revise secara specific penting iaitu 

A)hafal perkataan pertama dan tahu ayat keberapa

B)tahu ayat berulang kali dalam surah Ar-Rahman pada ayat keberapa.Ini supaya bila sedang baca ayat hafalan, boleh tahu ini ayat keberapa.Perlu self calculation.

C)Bacaan perkataan pertama sahaja secara berterusan seperti gambar di bawah nih bila nak revise hafalan.Kalau boleh setiap hari kena revise hafalan perkataan pertama sahaja.Sebagai check,rekodkan bacaan hafalan perkataan pertama yg dibaca secara berterusan dengan smartphone audio recorder.

D)Penggunaan tafsir perkata terlalu penting.

Bila sudah hafal 100 peratus perkataan pertama berdasarkan gambar bawah nih dan setiasa revise hafalan perkataan pertama sahaja dengan sebut secara berterusan,akan jadi long term memory

 



Monday, July 27, 2020

Self Calculation Surah Al Kafirun

Surah Al Kafirun,Ar Rahman,Al Mursalat perlu ada self calculation.Memang perlu ada control supaya tak salah bacaan ketika membaca ayat hafalan ataupun revise.
Seandainya sudah hafal Surah Al Kafirun,every day kena revise self calculation berkenaan ayat kedua sehingga keenam.Revise specific perkataan dengan berkata secara lisan atau di dalam hati,terpulang.Iaitu berkata secara terus

Laakbudu,walaantum,walaana,walaantum,lakum

Paling kurang berkata tiga kali sehari.Nak create control sebenarnya.Ini basic understanding.Method control pun sama bila berkenaan Surah Ar Rahman dan Al Mursalat.



Wednesday, May 27, 2020

MP3 Quran Apps

This is the best ever MP3 Quran apps from google playstore.Banyak Qari dan Imam,ada Quran presentation yang boleh dibaca sambil dengar MP3,boleh repeat surah banyak kali tapi tak boleh specific range ayat.Apps yang amat sesuai untuk revision bagi surah yang dihafal sahaja.Boleh create own playlist berdasarkan schedule table hafal surah dari surah yg bacaan terpendek sehingga al baqarah,boleh create own playlist untuk surah surah pilihan yg sudah dihafal

Monday, May 18, 2020

Waktu hafazan dan revise

Ketika weekend dan cuti

3.00AM-11.00AM
Waktu untuk menghafal dan revise.Of course dalam time duration waktu ini juga ada solat sunat dan fardhu yang perlu dilakukan.Revise dengan baca ayat hafalan surah yassin,surah al asr dan ayatul kursi terlebih dahulu di dalam menunaikan solat sunat.Sebagai penerang hati.Kemudian barulah menghafal.Mungkin dalan tempoh waktu ini ada perkara atau urusan yang perlu di settlekan,tapi takpe,take a break,settle kan dan sambung semula untuk menghafal.

PM time
Waktu untuk revise ayat yang sudah dihafal sahaja.Rekodkan bacaan dan check hafalan.No new input,just revise.Pandai pandailah pilih masa mana satu yang sesuai untuk revise ketika PM time dalam menjalani kehidupan seharian.

Ketika hari berkerja

3.00AM-7AM
Waktu untuk menghafal dan revise.Of course dalam time duration waktu ini juga ada solat sunat dan fardhu yang perlu dilakukan.Revise dengan baca ayat hafalan surah yassin,surah al asr dan ayatul kursi terlebih dahulu di dalam menunaikan solat sunat.Sebagai penerang hati.Kemudian barulah menghafal.

8.00PM-10.00PM
Waktu untuk revise.Lakukan selepas menunaikan solat maghrib,continue lagi selepas solat isyak sehingga 10.00PM.Rekodkan bacaan dan check hafalan.No new input,just revise.Segera tidur dan set alarm clock untuk bangun pukul 3 pagi pula untuk hari seterusnya.

Selalu ingatkan diri sendiri iaitu AM time adalah waktu paling senang nak tangkap hafalan dan PM time untuk revise sahaja.
Kena pandai allocate time dalam menjalani kehidupan seharian.Baca tak perlu kuat kuat,just nice and steady,jangan minum air sejuk,jaga tekak.

Wednesday, May 13, 2020

Search result specific perkataan

This is the best ever apps in google playstore untuk search specific perkataan di dalam Quran.Pergi icon Cari Ayats ....then taip "sembahyang"...then search.Automate keluar result 106 ayat di dalam Quran yang mana ada sebut perkataan sembahyang.Kalau nak taip perkataan nama nama Rasul seperti "Nuh" "Musa" "Ibrahim" "Isa" "Muhammad" pun boleh...search....automate keluar result ayat ayat yang berkenaan dengan perkataan tersebut.Apps ini sesuai juga untuk baca tafsir bahasa melayu untuk lebih memahami Al-Quran.






Monday, May 4, 2020

Basic Control Bacaan Surah Yassin

Basic Control Bacaan Surah Yassin yg sudah dihafal.

1)Tahu perkataan pertama dan perkataan terakhir dalam setiap ayat,dan juga tahu bacaan ayat adalah ayat keberapa dalam surah tersebut,ini kena refer tafsir perkata.Boleh juga buat mind map berkenaan perkataan pertama dan perkataan akhir bagi setiap ayat dengan refer tafsir perkata,indicate juga ayat keberapa.

2)Hafal alunan dan irama bacaan qari pilihan.Seandainya tak on MP3 pun,hati rasa macam seolah olah terdengar bacaan surah padahal tiada siapa pun play kan MP3 surah tersebut.

3)Kenal pasti ayat yang lebih kurang sama,contohnya ayat ke 29 dan 53,bezakan dengan tafsir perkata.Begitu juga bagi ayat 66 dan 67,dua perkataan permulaan bagi dua ayat tersebut memang sama,so tafsir perkata penting untuk membezakan perkataan dalam dua ayat tersebut.



4)Kenal pasti ayat yang sama dan ada juga dalam surah al mulk seperti ayat ke 48 surah yassin,ini penting bezakan perkataan permulaan bagi ayat seterusnya dengan menggunakan tafsir perkata supaya tak pasal pasal sambung terus ke ayat 26 dalam surah al mulk.Kena buat comparison ayat ke 48-49 surah yassin dan ayat ke 25-26 surah al mulk.

5)Self calculation control.Ayat ke 33 dan 37,dua perkataan permulaan bagi dua ayat tersebut adalah sama.Bezakan dengan tafsir perkata dan kenal pasti perkataan ketiga bagi dua ayat tersebut.Perkataan ketiga bagi ayat ke 33 adalah "Ardu" dan bagi ayat ke 37 adalah "lailu".Bagi yang sudah hafal kesemua ayat dalam surah yassin,sebagai double check,jadikan perkataan pertama dalam ayat ke 36 iaitu "Subhanal" sebagai control.Bila baca ayat ke 36 dengan sebut perkataan "Subhanal".......dah tahu dah dalam hati iaitu nanti bila baca dua perkataan permulaan dalam ayat ke 37,just terus sebut perkataan "lailu" supaya bacaan flow tuh tak kantoi dan tak terpergi semula ke ayat 33.

Semoga bermanfaat

Tuesday, April 14, 2020

Revise berdasarkan Juzuk

Bagi revise setiap juzuk berulang kali,hanya juzuk 28,29,30 sahaja boleh revise dengan dengar secara berulang kali sambil tengok quran melalui apps quran from google playstore.Selain daripada itu perlu revise berdasarkan surah.Kalau dah lama hafal juz amma 30,boleh tak buat checkers untuk certain surah pendek dalam juz 30 seperti surah 4 Qul ataupun surah dari no 91 sehingga 114,ini adalah antara surah surah yang selalu dibaca oleh imam sewaktu solat berjemaah.Tapi  surah dan juzuk lain tak boleh.Dalam erti kata lain tak boleh syok sendiri.Kena ada checkers even dah hafal.Paling basic revision dan method untuk check adalah rakamkan suara bacaan hafalan sendiri guna smartphone,play kan semula dan check

Sebagai contoh,even dah hafal kesemua ayat dalam surah yassin,al mulk,ar rahman bertahun tahun pun,perlu rakamkan ayat hafalan sendiri untuk check,buat sekali seminggu pun takpe untuk check,asalkan puas hati yang hafalan tersebut tetap maintain