Tuesday, August 13, 2019

Strategi solat tahajjud

Strategi solat tahajjud.

1)Niat semata mata kerana Allah SWT untuk mendekatkan diri kepadanya.Mencari keredhaan Allah SWT
2)Cari fadhilat dan kelebihan solat sunat tahajjud sebagai motivasi.Listkan di microsoft word,print out dan tampalkan di dalam bilik tidur di tempat mana yang selalu tengok,mungkin di hujung tepi cermin.
3)Bagi lelaki,faham kepentingan solat isyak dan subuh berjemaah di masjid atau surau dimana fadhilat kelebihan isyak berjemaah adalah solat separuh malam sementara subuh berjemaah adalah solat seluruh malam.Bila utamakan dan tunaikan yang wajib,insya Allah urusan akan dipermudahkan untuk solat tahajjud pada waktu akhir malam.
4)Cari kawan solat sunat tahajjud seperti dari family sendiri atau life partner.Communicate nak solat tahajjud berjemaah,masing masing kunci jam atau set alarm clock dan tolong kejutkan antara satu sama lain.
5)Nak confirmation untuk pastikan akan bangun akhir malam,kena buat terlebih dahulu solat sunat tahajjud pada awal permulaan malam.4 rakaat solat sunat tahajjud dengan surah pendek sudah memadai.Kemudian solat sunat witir.
6)Kunci jam atau set alarm clock pukul 4.30 pagi.Ada geng tahajjud lagi senang,sama sama set alarm clock dan cuba kejutkan antara satu sama lain.
7)Tempat tido tak boleh empuk dan takleh super best,tidak... susah nak bangun.Cer katil dan tilam super best harga 5k.Payah nak bangun bro.Ini terpulang kepada diri sendiri dan fikir cara macam mana nak tido.
8)Baca ayatul kursi sebelum tido untuk mendapat lindungan daripada Allah SWT.Kita nih manusia,kadang kadang tuh tertido tanpa ingat baca ayatul kursi terlebih dahulu.So kemungkinan kena tindih tuh atau mata takleh super buka memang ada.Seandainya terlupa baca dan kena tindih,part nih kena baca ayatul kursi dalam hati dan fikirkan tiada kuasa yang boleh melebihi kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.Confirm boleh bangun.
9)Niat dan berdoa nak bangun solat tahajjud pukul 4.30 pagi
10)Tidur dalam keadaan berwuduk dan tidur awal antara 10.00-11.00 malam

Point no 5,dah buat baru tahu kenapa,aku nak cerita dengan kata kata pun payah.Ini terpulang samada nak ikut.For sharing point of view sahaja untuk permulaan.Kalau dah rasa konsisten dan dah lama,boleh je set untuk bangun pukul 4 pagi atau 3.30 pagi pula