Monday, November 4, 2019

Surah Al Mursalat

Surah ke 77 Juz 29 dan mempunyai 50 ayat.Bermula ayat ke 15,ayat tersebut berulang kali sebanyak 10 kali di dalam surah ini.
Tafsir perkata perlu ada.Kena create control.
Surah Ar Rahman dan Al-Mursalat...dua surah nih je method revise
kena;

1)baca secara lisan dari mashaf Quran

2)dengar mp3 dari qari/imam terkenal sambil tengok Quran

3)baca dan rekodkan hafalan untuk check sendiri

4)tengok perkataan pertama setiap ayat dengan menggunakan tafsir perkata

5)fokus lagi perkataan pertama bagi ayat yang mana bukan ada repeat dan tahu itu ayat ke berapa dalam surah tersebut.Penggunaan photographic memory amat penting
Self calculation kena ada.Surah Al-Mursalat...range calculation dari ayat ke 14 sehingga 50.Kira sambil baca kena tahu ini ayat keberapa,dan tahu ayat yang berulang tuh pada ayat ke berapa.

6)Self notes Mind Map
Map map notes kena fokos perkataan pertama,perkataan terakhir dan indicate ayat keberapa dalam surah tersebut






Thursday, October 31, 2019

Revise Surah Ar Rahman

Surah Ar-Rahman kena revise setiap hari,tidak,memang akan kantoi.Method revise:

1)Revise dengan baca secara lisan dari mashaf quran.

2)Revise dengar ayat bacaan mp3 dari qari terkenal sambil tengok quran

3)Baca ayat hafalan sendiri dan rekodkan.Dengar semula untuk check

4)Refer tafsir perkata untuk ayat ke 12 sehingga 78.Perlu kenal pasti setiap ayat bermula dengan perkataan apa.Kena fokus juga perkataan pertama bagi ayat yang bukan ada fabiaiyiallairabbikumatukazziban dan tahu itu ayat yang keberapa dalam surah Ar-Rahman.Photographic memory perkataan pertama terlalu penting.Kalau dah buat mind map berkenaan surah ini,revise juga mind map tersebut.

5)Kena ada self calculation,ayat ke 12 ko tahu takde ayat berulang,ayat ke 13 ada ayat berulang,ayat ke 14-15 ko tahu takde ayat berulang....sampailah ayat ke 78 kena ada self calculation.


Tuesday, August 13, 2019

Strategi solat tahajjud

Strategi solat tahajjud.

1)Niat semata mata kerana Allah SWT untuk mendekatkan diri kepadanya.Mencari keredhaan Allah SWT
2)Cari fadhilat dan kelebihan solat sunat tahajjud sebagai motivasi.Listkan di microsoft word,print out dan tampalkan di dalam bilik tidur di tempat mana yang selalu tengok,mungkin di hujung tepi cermin.
3)Bagi lelaki,faham kepentingan solat isyak dan subuh berjemaah di masjid atau surau dimana fadhilat kelebihan isyak berjemaah adalah solat separuh malam sementara subuh berjemaah adalah solat seluruh malam.Bila utamakan dan tunaikan yang wajib,insya Allah urusan akan dipermudahkan untuk solat tahajjud pada waktu akhir malam.
4)Cari kawan solat sunat tahajjud seperti dari family sendiri atau life partner.Communicate nak solat tahajjud berjemaah,masing masing kunci jam atau set alarm clock dan tolong kejutkan antara satu sama lain.
5)Nak confirmation untuk pastikan akan bangun akhir malam,kena buat terlebih dahulu solat sunat tahajjud pada awal permulaan malam.4 rakaat solat sunat tahajjud dengan surah pendek sudah memadai.Kemudian solat sunat witir.
6)Kunci jam atau set alarm clock pukul 4.30 pagi.Ada geng tahajjud lagi senang,sama sama set alarm clock dan cuba kejutkan antara satu sama lain.
7)Tempat tido tak boleh empuk dan takleh super best,tidak... susah nak bangun.Cer katil dan tilam super best harga 5k.Payah nak bangun bro.Ini terpulang kepada diri sendiri dan fikir cara macam mana nak tido.
8)Baca ayatul kursi sebelum tido untuk mendapat lindungan daripada Allah SWT.Kita nih manusia,kadang kadang tuh tertido tanpa ingat baca ayatul kursi terlebih dahulu.So kemungkinan kena tindih tuh atau mata takleh super buka memang ada.Seandainya terlupa baca dan kena tindih,part nih kena baca ayatul kursi dalam hati dan fikirkan tiada kuasa yang boleh melebihi kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.Confirm boleh bangun.
9)Niat dan berdoa nak bangun solat tahajjud pukul 4.30 pagi
10)Tidur dalam keadaan berwuduk dan tidur awal antara 10.00-11.00 malam

Point no 5,dah buat baru tahu kenapa,aku nak cerita dengan kata kata pun payah.Ini terpulang samada nak ikut.For sharing point of view sahaja untuk permulaan.Kalau dah rasa konsisten dan dah lama,boleh je set untuk bangun pukul 4 pagi atau 3.30 pagi pula

Wednesday, July 17, 2019

Tafsir Perkata Apps

The best ever apps untuk tafsir perkata dari google playstore
Dah banyak kali...."innallazinaamanu" dalam quran bila start permulaan ayat.Kena ada tool nih untuk bezakan perkataan dalam ayat.


Tafsir perkata terlalu penting untuk hafalan.Boleh tahu perkataan pertama dan perkataan terakhir dalam setiap ayat dan hafal.Boleh sebagai tool untuk membezakan ayat yg sama dalam berlainan surah,ayat lebih kurang sama dalam berlainan surah,ayat lebih kurang sama dalam satu surah dan ayat sama  dalam satu surah(surah ar rahmaan)so kena highlight aaa apa yg beza tuh dan hafal.
Ayat 48 surah yassin dan ayat 25 surah al mulk sama.Tafsir perkata function nya sebagai tools untuk bezakan.Kalau hafal satu surah panjang tak perlu control,tapi bila dah banyak, penting sangat ada control supaya tak lost dan tak terpergi sambung bacaan dalam surah lain.Tahu perkataan pertama dalam setiap permulaan ayat terlalu penting.Misalnya tengah baca ayat 48 surah yassin,dah tahu dah lepas nih confirm "mayanzuruna",tengah baca ayat 25 surah al mulk,dah tahu dah lepas nih confirm kulinnama.Nak wujudkan control kena refer tafsir perkata.
Jika satu ayat untuk dihafal itu dua baris,baris pertama boleh dibahagikan dan group kan kepada dua atau tiga perkataan untuk hafalan,so boleh refer tafsir perkata untuk menentukan pembahagian tersebut,mana perkataan perkataan yang sesuai untuk letak dalam group dua perkataan atau group tiga perkataan dalam satu baris yang nak hafal.

Saturday, July 6, 2019

Best ever apps for memorizing surah

The best ever apps for memorizing surah from google apps playstore.Boleh pilih specific range nak hafal ayat contohnya dari ayat 1 sehingga 3 dan dengar secara berulang kali ataupun pilih satu ayat sahaja untuk dengar berulang kali sampai bila bila pun boleh.Boleh pilih untuk dengar satu surah atau satu juz berulang kali seperti juz amma iaitu juz ke 30.
Boleh pilih banyak qari.Sheikh Sudais baca laju,so kalau rasa tak boleh pickup....ambil lah qari seperti husary atau saad al ghamidi.Husary the best untuk train anak sekolah rendah untuk hafalan surah.
Presentation muka surat dan tulisan ayat pun macam mashaf quran sebenar cuma dalam bentuk digital lah



Monday, June 24, 2019

Schedule table hafal surah amended

Schedule table hafal surah amended.Time duration minit adalah tempoh bacaan yang dibaca oleh imam sudais.Once dah hafal,tick right di column completed.Click link tersebut untuk tengok table excel tersebut.Download dan print out.


https://drive.google.com/file/d/1fjh-shcBtMtebAD05Rr7aCDMVfLVgC-5/view?usp=drivesdk

Thursday, February 21, 2019

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan atau soalan boleh email azmirchess@gmail.com

Facebook name profile Muhamad Azmir Che Ramli