Tuesday, January 9, 2007

Teknik Cara Hafal Quran dan Surah Panjang


LANGKAH LANGKAH DAN TEKNIK HAFAL
STEP1 : NIAT kerana Allah SWT untuk mendekatkan diri kepada-Nya,menunjukkan cinta kepada-Nya,salah satu kaedah untuk berhubung dan berkomunikasi dengan-Nya dan bayangkan bila dapat baca yassin untuk diberi sedekah pahala kepada Nabi Muhammad SAW,untuk menunjukkan cinta kepada Rasul,bayangkan kalau dapat baca sebanyak 20 sehingga 30kali dalam masa sehari,so kalau dah hafal yassin sure boleh baca bila bila masa kan??bila dapat hafal yassin ko dapat memaksimumkan time ko,contohnya satu hari confirm habiskan satu jam dalam transportation,pergi dan balik,contohnya pergi ke tempat kerja,kan bagus kalau gunakan masa yang ada untuk dibaca yassin yg sudah dihafal.

STEP 2 : Tukar lifestyle,perbanyakkan solat berjemaah di surau atau masjid,rajin solat sunat terutamanya solat sunat taubat dan tahajjud,sentiasa menjauhi larangan Allah dan taat kepada perintah-Nya,lagi satu muzik jangan layanlah kalau nak hafal surah panjang,kalau tidak senang lupa dan menyusahkan proses hafalan,tapi seriuslah lifestyle kena tukarlah kalau tidak memang susah lah,hati dan brain perlu tenang,kira memang kena bersihkan dulu hati dan brain terlebih dahulu supaya senang menerima ayat hafalan,baca yassin berjemaah setiap khamis malam jumaat di surau atau masjid yang berdekatan dan rajin bertadarus,kalau nampak orang baca Quran secara group just join je,solat kena sentiasa jemaah,kalau tak sempat just berdiri sebelah kanan sesiapa yang sedang solat dan angkat takbir yang boleh didengar…….senang terus jemaah.

STEP 3: Cara pemikiran kena tukar,minda jangan sibuk memikirkan dengan perkara perkara yang remeh temeh,buang masa dan tidak ada kena mengena dengan diri sendiri ataupun perkara yang tidak kena mengena dengan masa depan sendiri,contohnya tentang kerajaan,kehidupan orang lain,isu semasa,kalau berkaitan dengan masa depan diri sendiri dan kena mengena dengan kehidupan seharian...takpe fikirkan,tak guna fikir yang takde kena mengena dengan diri sendiri,adalah lebih baik fikir tentang ilmu mengenal Allah,sifat 20 Allah,99 nama Allah,kata2 Allah dalam hadis qudsi,adalah lebih baik memikirkan perkara tersebut,lebih baik gunakan minda untuk fikir perkara yang ada kena mengena dengan life sendiri di dunia dan akhirat.

STEP 4 : Yakin boleh dan mindset positive,jangan fikir tak mampu dan mind set negative,buang semua tuh sifat negative,believe in yourself and patience is the key.

STEP 5: Mind perlu kosong tanpa ada apa apa urusan dunia,settlekan dulu perkara yang patut,contohnya sebuah timba penuh dengan air,kalau letak lagi air sure tertumpah,begitu juga dengan minda,kalau dah penuh dengan pelbagai urusan.....kalau letak lagi sure susah nak hafal akibat kerana tidak settle urusan lain dan minda asyik fikirkan urusan lain.

STEP 6:Pilih waktu sesuai seperti selepas subuh ke,kalau takleh gak buat lah time maghrib ataupun isyak,janji satu hari satu ayat,kalau satu ayat tuh terlalu panjang,satu hari satu baris dah memadai,dan pilih juga tempat yang sesuai seperti surau ataupun dalam bilik,tapi apapun tempat jangan lah kat tempat yang ada orang lain,tempat yang ramai sehingga menghilangkan tumpuan,cuba tengok iklan sunsilk........"dah lama tak pergi perpustakaan"?tanya awek tuh.........."tak dapat tumpukan perhatianlah"kata laki tuh........gara gara saling usha langsung takdapat tumpukan perhatian,kalau dia seorang je sure dapat tumpukan perhatian,so jangan jadi macam tuh,sebab saling usha dan tak tumpukan perhatian terus kearah lain iaitu "mirtumse pyar kartihu"…..”aku cinta padamu”……”I love u”…bla bla bla…dan sebagainya ....terus takleh tumpukan perhatian.

STEP 7 : Selepas ikuti step by step kat atas nih,barulah solat hajat dua rakaat,berdoa supaya berjalan lancar dan senang menerima hafalan,kemudian baca ayatul kursi 3 kali untuk mengelak godaan setan,perlu diingat gunakan anugerah Allah SWT yang diberi,gunakan brain,hati,telinga,mulut,mata,tangan..

STEP 8 : Sepanjang masa perlu gunakan satu mashaf quran rasm uthmani sahaja untuk tujuan hafalan.Pilih surah yang hendak dihafal,ketika ini pakai brain,telinga,mata dan hati sahaja dan jangan gerakkan bibir,dengar dulu mp3 surah terlebih dahulu dan tengok Quran untuk memastikan bunyi bacaan bagaimana,hukum tajwid dan panjang pendek harakat,dengar banyak kali bacaan oleh imam atau qari pilihan daripada mp3 surah sambil tengok Quran,replay banyak kali mp3 surah,ulang ulang........telinga ko memang kena sensitif dan fokus.Sebagai contoh,sekiranya hendak hafal surah yang mempunyai 11 ayat seperti surah adh-dhuha,ambil specific range dengar 5 ayat pertama dulu,sudah hafal lima ayat pertama,kemudiannya ambil specific range dari ayat ke 6 sehingga 11 .Boleh melayari website https://quran.com untuk dengar mp3 yang mana ada option setting method untuk dengar ayat bacaan secara specific range dan berulang kali seperti satu ayat sahaja,setiap 3 ayat atau setiap 5 ayat.Sekiranya hendak hafal surah panjang seperti surah yassin yang mempunyai 83 ayat,ambil specific range setiap group lima ayat seperti 1-5,6-10,11-15 untuk dengar berulang kali.....sehinggalah ayat ke 80,apabila sudah hafal 80 ayat,kemudian dengar ayat specific range ke 81 sehingga 83.

STEP 9 :Apabila sudah dengar,cuba baca secara lisan dan ikut apa yang dibaca oleh imam daripada mp3 surah.

STEP 10 : Kemudian pilih satu ayat yang nak dihafal,perhatikan betul betul dan teliti struktur huruf......contohnya huruf "alif lam mim sad".......tengok betul betul struktur huruf alif bagaimana,begitu juga dengan huruf lam mim sad,tengok bentuk huruf macam mana.....ketika nih pakai mata,brain dengan hati je,jangan gerakkan bibir sebab masa nih kena fokus kat mata,brain dan hati sahaja utk memantapkan ingatan tentang struktur huruf.

STEP 11: Selepas perhatikan dengan amat teliti setiap struktur huruf dalam satu ayat,barulah gunakan teknik imagination,tulis balik struktur huruf tuh kat mind tanpa tengok Quran,kejap tengok Quran kemudian pandang tempat lain dan tulis struktur huruf kat minda,tak dapat tengok semula dan kemudian pandang tempat lain,practice berulang kali.....masa nih pun jugak pakai mata,brain dan hati je,jangan gerakkan bibir.

STEP 12 : Selepas tuh anggap brain anda macam camera,teknik ini dipanggil sebagai photographic memory....berbeza dengan teknik imagination yang kat atas nih yang tulis balik struktur huruf kat mind,photographic memory ko takyah tulis balik kat mind struktur huruf just tangkap gambar perkataan atau satu ayat pendek tuh dengan minda ,tangkap gambar dengan minda anda dengan pandang sepintas lalu,kemudian pandang tempat lain dan cuba visualise,tak dapat tengok semula dan tangkap balik kemudiannya pandang tempat lain dan visualise,practice banyak kali dan ulang ulang sehingga menyebabkan anda seperti nampak perkataan atau satu ayat pendek tuh seolah olah di depan mata anda,masa nih pun pakai mata,brain dan hati juga,jangan gerakkan bibir lagi,fokus kat brain.........contohnya anda tau perkataan Allah dan perkataan Muhammad dalam bahasa arab,apabila anda pandang perkataan tersebut cuba hafal then pandang tempat lain dan cuba produce balik dan visualise.Untuk lebih specific,photographic memory perkatan berdasarkan latest edition daripada tafsir parkata ataupun mana mana edisi Quran yang ada specific bacaan perkata.

STEP 13 : Gunakan tangan anda dan tulis pada kertas pakai pensel,kalau tak dapat tengok semula quran dan tulis semula ayat tersebut pada kertas,practice ulang ulang,kalau salah senang sikit sebab boleh padam sebab pakai pensel,tulis kat mini white board pun boleh,bila sudah selalu tulis atas kertas atau mini white board,selepas tuh cuba pakai semula teknik imagination dan photographic memory ketika pandang tempat lain,anda akan nampak peningkatan sendikit dan keberkesanan.

STEP 14: Kemudian baru lah gunakan bibir dan baca dengan lisan sebanyak 60 kali untuk satu ayat tuh untuk mengukuhkan daya ingatan,ketika baca perlu gunakan brain dan hati sekali,sambil baca minda perlu cuba bayangkan struktur huruf,perkataan dan satu ayat tuh seperti seolah olah berada di depan mata.Kalau satu ayat tuh panjang,hafal satu baris terlebih dahulu sudah cukup.Kalau tidak boleh juga,satu baris itu dibahagikan kepada group dua atau tiga perkataan.Contoh lebih spesifik,jika satu ayat untuk dihafal itu dua baris,baris pertama boleh dibahagikan dan group kan kepada dua atau tiga perkataan untuk hafalan,so boleh refer tafsir perkata untuk menentukan pembahagian tersebut,mana perkataan perkataan yang sesuai untuk letak dalam group dua perkataan atau group tiga perkataan dalam satu baris yang nak hafal,gunakan pensel dan tandakan sedikit sahaja untuk menentukan group dua atau tiga perkataan dalam satu baris.
Untuk kukuhkan lagi hafalan,boleh gunakan teknik mendengar specific range satu ayat secara berulang kali sampai bila bila pun boleh hanya dengan melayari website https://quran.com

STEP 15 :Gunakan teknik atas semua nih untuk hafal ayat ayat yang berikut,perlu diingat teknik atas2 nih perlu juga gunakan pada perkataan terakhir ayat tersebut dan perkataan permulaan ayat yang berikutnya,apabila ingat barulah menghubungkannya,perlu refer tafsir perkata,contohnya ayat 58 surah yassin iaitu"salamunkaulammirrabirrahim".....dan ayat ke 59 iaitu.."wamtazulyaumaayuhalmujrimun"....kira kena fokus kat"rahimwamtazul"...........perkataan terakhir pada ayat 58 dan perkataan permulaan ayat 59......perlu fokus dua perkataan itu sahaja dan baca berulang kali dua perkataan itu sahaja untuk mencipta refleks secara lisan.......sebab untuk mengelak lupa lah,selalunya ingat kat ayat belakang belakang je tapi tak ingat ayat yang awal awal.Untuk lebih spesifik boleh refer tafsir perkata untuk hafalan perkataan pertama dan perkataan akhir dalam satu ayat

STEP 16:Apabila sudah hafal ayat 1 sehingga 5,cuba revise dengan dengar ayat bacaan specific range ayat 1 sehingga 5 dari imam atau qari melalui website https://quran.com
Di website tersebut,ada method dan cara untuk pilih dengar bacaan specific range dari ayat 1 sehingga 3 atau 1 sehingga 5 atau 1 sehingga 10 secara berulang kali sampai bila bila pun boleh ikut kesesuaian.Baca juga ketika setiap kali anda bersolat,kira solat subuh,zohur,asar,maghrib,isyak dan juga solat sunat,baca ayat yang anda sudah hafal.Zaman sekarang sudah banyak ada teknologi,for checking boleh je rekodkan suara bacaan hafalan sendiri dan dengar semula sendiri untuk semak bacaan.Pilih kawan atau ahli keluarga terdekat pun boleh untuk dengar dan semak bacaan hafalan.

STEP 17 : Apabila sudah hafal,cuba revise dalam kehidupan seharian,contohnya ketika dalam kereta tengah pergi ke tempat kerja cuba dengar mp3 surah,dari kaset ke,time tengah pasang computer dengar lah surah yassin mp3,gunakan telinga anda untuk mendengar mp3 surah,telinga merupakan major function untuk memory ataupun dalam tren putra elok juga dengar mp3 surah,kalau ada walkman senanglah,kira kesimpulannya gunakan masa sebaik baiknya tahap maksimum,contohnya naik lif ataupun naik tangga pun ataupun tengah berjalan jalan pergi ke tempat kerja pun dah memakan masa lebih daripada 30 saat,kan bagus gunakan masa tuh untuk baca ayat yang sudah dihafal,takpun time shopping ke beli barang dapur boleh juga baca ayat yang sudah dihafal,kalau takde walkman takpe just baca ayat yang anda sudah hafal dengan lisan ataupun dalam hati,perlu diingat setiap kali baca tanpa tengok quran,perlu baca seperti seolah olah nampak ayat quran di depan mata,itu sebab betapa pentingnya teknik imagination,photographic memory dan betapa penting teknik tulis ayat quran kat kertas untuk memantapkan ingatan,photographic memory dan imagination tuh cara baca dalam otak,ingat struktur huruf dan ingat bentuk setiap perkataan macam mana,contohnya perkataan muhammad dalam bahasa arab,kalau baca dalam hati just baca je tanpa tulis huruf kat mind dan tanpa gerak bibir............kena pro teknik nih terlebih dahulu baru boleh rasa seperti nampak ayat di depan mata ketika baca tanpa tengok Quran,dan contohnya ketika lunch,janganlah gunakan satu jam break untuk makan,lepak lepak…..kan bagus revise ayat yang sudah dihafal pada pagi subuh,kalau takde quran kat tangan,internet kan ada,cari ayat quran dalam internet,otak manusia mampu buat 2,3 perkara dalam satu masa,contohnya tengah buat assignment,pada masa tuh boleh dengar mp3 surah serentak,cari masa untuk hafal,lepas solat ke luangkan masa untuk hafal,hafal satu ayat pun jadilah,apabila ketika berada di luar rumah sentiasa bawa Al-Quran kecil ataupun buku nipis yassin yang dikhaskan untuk tahlil untuk memudahkan supaya boleh dibawa kemana mana jika hendak hafal surah yassin,apapun yang paling penting yang perlu dimulakan ialah niat semata mata kerana Allah SWT.
Antara rule hafazan yang perlu diingati

a)tak boleh dengar mp3 pelbagai surah dalam tempoh tertentu,contohnya hari ini nak dengar mp3 surah al mulk,esok pula mp3 surah as sajdah,lusa pula mp3 surah yassin,next day pula mp3 surah al waaqiah,perlu diingati method "mengulang" amat penting sekali,kalau nak hafal surah as sajdah pasang je mp3 surah as sajdah,jangan tukar lain,pasang ulang ulang,kalau nak tukar lain tuh boleh tapi pastikan mp3 surah yang nak didengar tuh sudah hafaz dan ia sebagai revision

b)begitu juga bacaan daripada mashaf al quran,seandainya nak hafal surah as sajdah,fokus itu sahaja,dah counqer surah tuh barulah fikir nak counqer surah lain,kira jangan campur adukkan dan nanti ayat hafazan dalam kepala akan jadi tunggang langgang,kesabaran yang tinggi amat lah penting,perlulah juga guna kan mashaf quran yang anda selalu guna sebab bila selalu guna tuh cara mata tengok tuh dari segi struktur huruf,perkataan,ayat,tanda baris,positioning ayat tuh mula kat mana dan berhenti kat mana akan terbiasa

STEP 18 :Dan juga cuba revise dengan selalu banyak dengar ayat quran mp3 surah daripada pelbagai imam,lebih banyak dengar,lebih senang berinteraksi dengan irama dan rentak dan lebih banyak dengar,level of awareness makin tinggi,kira sense ko makin tinggi tentang bunyi bagaimana,sebutan bagaimana,panjang pendek harakat,lama kelamaan boleh feel punya rentak dan irama sehingga bunyi suara imam macam mana pun ko boleh hafal sebab dah boleh feel walaupun dengar daripada pelbagai imam,bila dah hafal suara imam macam mana,cuba practice ketika baca,maksud aku contohnya penyanyi tengah menyanyi satu lagu nih,anda tau suaranya macam mana so anda seolah olah hendak ikut suara dia,ini bermaksud ko hafal suara dia macam mana so cuba practice bila baca surah dan ikut bunyi suara macam mana yang dibacakan oleh imam dan akhir sekali combine semua,bila baca tanpa tengok quran.......baca dalam keadaan nampak ayat quran seolah olah berada di depan mata,kira nih ada kena mengena dengan brain ko lah,dan juga cuba baca dalam keadaan perasaan hati seperti feel rentak dan irama yang dibaca oleh imam.

STEP19 :Dalam kehidupan seharian jagalah pantang larang,dari segi pemikiran,perbuatan,pancaindera,peliharalah semua tuh,kalau tidak senang lupa,cuba ikut step by step teknik atas nih dan anda akan rasa memang susah nak lupa dan susah nak buang dari otak,terus jadi macam long term memory,dan manfaatkan lah masa muda ketika di dunia nih jangan tunggu sampai umur 40 tahun baru nak hafal yassin,last last meninggal umur 60 tahun,dah berapa banyak masa dah disia siakan ketika muda,gunakan lah masa muda untuk beribadat sehingga hari tua dan akan memudahkan diri sendiri menghadapi malaikat izrail,dan pastikan diri sendiri sentiasa ada air sembahyang ketika keluar dari rumah.....best woo ....sebab kalau baca sure lagi banyak lagi pahala kan bila ada wuduk.

Kesimpulannya,untuk mempercepatkan hafalan dan bagi susah nak lupa perlukan gunakan mata,bibir,telinga,tangan,otak dan hati


MP3 SURAH

website untuk dengar atau download mp3 surah

https://quran.com

http://quranicaudio.com/

http://english.islamway.com/sindex.php?section=erecitorslist

MEMORIZING THE QURAN

Apabila niat hafal quran semata mata tanda cinta dan rindu kepada Allah,niat semata mata untuk berada di sisi Allah di firdaus maka merasa senang lah untuk hafal walaupun rasa seperti mendaki gunung,niat perlu clear dan concise dan jangan ada niat di sebalik poket perut kangaroo,kalau niat semata mata untuk mendapat faedah dunia yang sikit sahaja memang tak pergi ke mana mana pun,sekarang dah 20 thn kehidupan dah berlalu,cuma tinggal 50 thn lagi,sekejap je tuh,tak lama,gunakan 50 thn dengan sebaik baiknya.

Aku lupa nak explain tentang cara nak gunakan kedua dua belah otak manusia nih,apa yg aku maksud kan nak memorize quran kenalah guna kedua dua belah otak,kalau guna otak kiri sahaja untuk mengingat dan untuk revise,potential ko untuk lupa memang tinggi lah,tapi kalau ko guna kedua dua belah otak,memang bestlah,kalau tak baca satu surah panjang selama 1 bulan pun still maintain,sebab ko tau cara macam mana nak manage,operate kedua dua belah otak ko,otak kiri untuk mengingat,aku dah explain article sebelum nih macam mana cara teknik mengingat,teknik hafalan,just ulang ulang satu ayat tuh sampai dapat,otak kanan tuh ko kena pandailah guna imagination,photographic memory dan juga kena ingat irama rentak,imagination maksud aku apabila ko tengok satu ayat quran tuh,ko tengok lama lama,tengok sebab nak perhatikan struktur hurufnya macam mana,cuba hafal bentuk struktur huruf,selepas tengok quran cuba pandang kat tempat lain dan cuba ingat semula struktur huruf dengan tulis balik struktur huruf dalam minda,kalau takdapat,tengok quran beberapa saat then pandang tempat lain dan imagine semula struktur huruf ,kira kena practice lah,kejap tengok ayat quran then pandang tempat lain dan imagine...tulis balik struktur huruf dalam minda,ulang ulang practice,kira apa yg aku cakap nih ko tak perlu pakai bibir utk menyebut ayat quran,cuma ketika nih ko cuma perlu gunakan mata,brain dan hati sahaja,kena practice ulang ulang tulis struktur huruf kat mind,bila dah pandai imagine........
ko kena pandai juga photographic memory,pandang sepintas lalu satu perkataan atau satu ayat pendek tuh,selepas tuh ingat satu perkataan atau ayat tuh then ko pandang tempat lain,maksud aku anggap brain macam camera,tangkap gambar satu perkataan atau ayat pendek tuh,selepas tuh pandang tempat lain ,cuba visualize seolah seolah apabila ko pandang tempat lain ko nampak satu perkataan atau ayat pendek tuh,tapi ko kena practice banyak lah,ulang ulang,kira bila dah practice selalu sangat,bila ko baca surah panjang tanpa tengok quran seolah olah seperti ko nampak perkataan dan ayat ayat tuh kat depan mata ko.

Antara teknik lain ingat struktur huruf,perkataan dan ayat ialah tulis kat kertas pun boleh juga untuk practice,tulis pakai pensel atau tulis kat mini white board pun boleh supaya senang padam,practice banyak kali tulis.

Pasal irama tuh memang ada kena mengena dengan mp3 lah,wajib dengar mp3 surah,makin senang lagi nak ingat,itulah gunanya ada telinga,setengah orang bila hafal just pakai mata dan bibir sahaja,sebenarnya ko kena combine semua,mata,bibir,telinga,otak dan hati,tangan kira termasuk sekali lah utk tulis semula struktur huruf,perkataan dan ayat kat kertas,practice tulis banyak kali kat kertas,lama lama ingat.Berkenaan irama,contohnya apabila ko dengar lagu ,ko boleh recognize suara siapa menyanyi lagu tuh walaupun dah banyak orang menyanyi lagu tuh,apabila banyak orang nyanyi lagu tuh,ko boleh tau suara siapa,yang mana satu,siapa yg nyanyi,apabila ko tau siapa yg nyanyi maknanya ko boleh membezakan suara dengan yg lain dan ini bermaksud ko tangkap alunan suara irama,ko ingat dan hafal alunan suara irama tersebut dan juga rentak bunyinya,bermaksud ko betul betul aware.

Begitu juga bila ko banyak dengar mp3 surah yang dibacakan kebanyakan imam,lagi ko banyak dengar,lagi ko ingat alunan suara imam,contohnya shaikh sudais dan shaikh shuraim,dua imam masjidil haram,bila ko banyak dengar,ko boleh bezakan suara siapa apabila ko dengar,bermakna ko tangkap alunan suara irama tuh dan juga rentak bunyi,kira ini berkaitan ko menghafal guna teknik mendengar, contohya ayat ke 7 al-baqarah "hatamaallahualakulubihim waalasamihim waalaabsarihim..........."..................apa yang aku maksud ko kena ingatlah bila dengar ayat tersebut bila menghafal guna telinga sahaja ,hafal pakai telinga dan kena ingat sekali alunan suara irama,kena concentrate dan fokus bila dengar,hafal guna telinga sahaja tanpa tengok quran hanya boleh berlaku dan apply selepas apabila diri sendiri sudah dengar mp3 surah sambil tengok quran.

Kesimpulannya imagination,photographic memory,irama,ketiga tiga nih ada kaitan dengan otak kanan dan otak kiri untuk mengingat,contohnya baca ulang ulang sebanyak 60 kali untuk pengukuhan ingatan.

Mindset pun kena positive,kadang kadang tuh ko akan rasalah negative,fikir tak mampu lakukan,padahal sebenarnya memang boleh bukan tak boleh,benda benda negatif yang timbul tuh sebab setan dalam kepala cakaplah kata tak boleh,contohnya benda negatif kata takde masa lah,bz gila,padahal satu hari cuma perlu satu ayat je,sedangkan saidina umar yg bz dengan tanggungjawabnya sebagai khalifah,mentadbir dan counquer beberapa empire pun ada masa untuk beribadat,antara lain negatif contohnya kata tak mampu maintain,boleh lupa,sebenarnya kalau tau teknik dan cara cara hafal memang takde masalah,just kena ikut guideline yang aku ajar nih,boleh maintain,just baca dalam solat 5 waktu,setiap kali solat 5 waktu dan sunat baca surah tuh je,contohnya kalau dah hafal satu ayat ataupun 2 ayat baca time pergi kerja ke,tengah jalan jalan ke,tengah naik tangga ke,naik lif ke,tengok jam kesesakan lalu lintas,masa sebenarnya ada bukan takde,cuma tahap penggunaan maksimum tidak digunakan sepenuhnya,contohnya naik tangga pun dah makan masa lebih 20 saat,kan bagus guna time 20 saat tuh untuk baca apa yg dihafal,bila baca tak semestinya baca gerak bibir,baca dalam otak pun boleh,dalam hati pun boleh,baca dalam otak maksud aku tulis balik struktur huruf kat mind lah dan recreate balik dalam mind,perkataan atau ayat seolah olah berada di depan mata ,confirm boleh maintain walaupun bz macam ceo pun boleh,contohnya bz macam ceo,hafal time subuh lah,lepas tuh solat zohor asar,baca ayat yang dihafal,hari ahad ada gunakan waktu sebaiknya time weekend,walaupun bz,cuba buat dua perkara pada masa sama,contohnya baca buku ataupun depan computer,tapi ko boleh buat lagi satu perkara iaitu dengar mp3 surah,otak manusia mampu buat 2,3 perkara pada masa sama,cuma kurang practice,bila ko buat 2,3 perkara pada masa sama,ko jimat masa,ataupun ko tengah driving kereta,at the same time ko boleh pasang kaset/CD surah,telinga tuh function terlalu besar untuk memory,ataupun contohnya ko tengah berjalan jalan ke tempat kerja,ko boleh tulis balik struktur huruf kat mind ko ataupun baca dlm hati,gunakan masa sebaik,otak manusia mampu buat 2,3 perkara pada masa sama.

Adapun yang negatif kata tahfiz nih untuk budak sekolah agama sahaja,mana ada.Sebenarnya ada doktor then tahfiz,engineer then tahfiz,hakim mahkamah syariah then tahfiz,accountant then tahfiz.Antara contoh zaman dulu ialah ibnu sina,pakar perubatan lepas tuh tahfiz.Sebenarnya dalam dunia nih dah hampir 10 juta manusia tahfiz,hafal semua,ingat semua tuh budak sekolah agama ke??mana ada.Macam macam lah negatif,sebenarnya negatif tuh datang dari setan.Tak rocklah kalau dia sorang sorang dalam neraka,tak bestlah,kena ajak orang lain....."join me to the dark side"....ayat mesti macam darth vader..tuh godaan dan memperdayakan manusia perlu untuk menjadi teman dia.Kalau takleh gak fikir negatif je,cuba baca ayatul kursi tiga kali setiap kali fikir negatif,hasutan tuh akan hilang.Sebelum nak mulakan hafalan perlu juga baca ayatul kursi untuk menghidari dari godaan dan hasutan setan,senang sikit supaya proses hafalan tuh lebih cepat dan juga perlu berdoa,mindset kena positive je,your mind is better than you think.........otak manusia macam mega super computer boleh simpan banyak maklumat tapi golden years time muda,time sekarang lah,waktu ko dah 60 thn lebih mungkin agak sukar lagi untuk hafal berbanding dengan masa sekarang,kalau tak caya tanyalah orang yang dah tua,bila dah tua makin susah nak hafal.

Ohya yang terakhir sekali kena buat analisis lah setiap surah daripada Quran,setiap surah ko kena tau berapa jumlah ayat dan time duration ketika dibaca sebab dlm quran walaupun satu ayat tapi sebenarnya time duration untuk ayat tuh lama ketika baca,ada yang satu ayat tapi jauh lama lagi,contohnya ayatul kursi,walaupun satu ayat tapi time duration nya lama,antara time duration paling singkat ialah surah al kaustar dan al-asr,kedua dua surah nih 3 ayat je........kurang 15 saat start dr bismillah.............paling lama ialah al-baqarah 96 minit
kira ko kena buat table lah............buat struktur table.........dr al asr sampai al baqarah...........al asr ko letak first lah,sebab paling pendek ,then dah hafal...............hafal pulak al-kaustar.....then dah hafal.....hafal al-ikhlas pula,al ikhlas merupakan surah ketiga tersingkat selepas al-asr dan al kaustar.

Kira table ko,ko letak al-baqarah last target lah,kalau nak tau time duration setiap surah ko kena check kat mp3 lah,sebab time tengah play ada tunjuk time duration berapa lama bacaan.Sebenarnya apabila buat analisis lebih kurang 60 surah adalah time duration antara 1,2,3,4,5 minit dan 6 minit,macam yassin time duration nya selama 13minit,al-quran ada 114 surah,kira kalau dah 1,2,3,4,5 minit dan 6 minit tuh ko dah counquer bererti dah hampir separuh lah,quran ada 6666 ayat,so kalau satu hari tuh boleh 6 ayat,so dlm masa 3 thn je dah hafal semua quran,tapi dalam quran ada ayat yg pendek,so mungkin lebih cepat daripada tuh,tapi apapun kena konsisten lah,pandai pandai lah buat jadual,kena pandai kejar masa,ada yg berjaya selama 9 bulan,setahun,ataupun 2thn.Kalau ambil masa 10 thn dan 15 thn pun takpe,kalau dah 6666 ayat,kalau satu hari satu ayat sure makan masa 18 thn,tapi apa yang aku nak cakapkan,satu hari satu ayat lah,kira ko hafal tanpa pressure lah.

Tak dapat jadi al-hafiz belakang cerita,janji ada usaha,just buat part time lah,slow slow,tak semestinya nak jadi al-hafiz,tanggungjawab ko kat lain terbiar je,just satu hari satu ayat je perlu hafal,yang hanya memakan masa 5 hingga 10 minit setiap selepas solat 5 waktu,kalau lepas subuh,zohur,asar,maghrib susah nak buat,sebab takde masa,hafal lah satu ayat selepas isyak,contohnya yassin ada 83 ayat,hafal lah dalam masa 83 hari,kalau takleh gak buat dalam masa 83 minggu,satu minggu satu ayat,kalau umur ko dah 65 thn ataupun 70 thn susah fikir lah nak jadi al-hafiz sebab tak cukup masa ,lagipun dah tua,dan dah ada macam macam penyakit.


ADVANCED LEVEL HAFAZAN


1)teknik hafal surah amat penting sekali,setengah orang hafal pakai mata dan bibir sahaja,padahal Allah telah menganugerahkan pancaindera dan deria lain,gunakanlah dgn sebaiknya,maksud aku,otak,hati,telinga dan tangan kena gunalah,jangan asyik menghafal surah pakai mata dan bibir,bukan tak boleh tapi kalau ko nak make sure ayat surah seolah olah kat depan mata ko tatkala ko membaca tanpa tengok quran,so kenalah combine semua,kena guna otak,hati,telinga,tangan,mata dan bibir,otak lah tempat untuk imagination dan visualise,boleh ke visualise dan imagine pakai hidung?takleh kan,so otak adalah function paling penting.
Kalau ko dah baca seolah olah nampak ayat quran kat depan mata,kira dah masuk advanced level lah,kira ko kuat visualise lah dan kuat imagine tapi kalau ko hafal pakai mata dan bibir,adakah perkara tuh boleh berlaku??sudah tentu tidak bukan,so apa yg aku nak cakapkan nih,betapa penting sekali teknik imagination dan teknik photographic memory.......

Teknik imagination tuh,ko kena tulis balik lah struktur huruf kat mind ko,ko kena tengok betul2 bentuk setiap huruf and then tulis kat mind ko,kejap tengok quran then pandang tempat lain dan cuba practice tulis struktur huruf kat mind,tak dapat...tengok semula quran,kira kena practice.........

Teknik photographic memory tuh ko kena anggap brain ko macam camera,contohnya di tangan ko ada digital camera,ko saje tangkap surah yassin then setelah ditangkap gambar,terus store dalam memory camera tersebut,sure ko nampak image surah yassin kan setelah ditangkap gambar dengan menggunakan digital camera,so cuba ko anggap brain ko macam camera,ko ingat satu perkataan daripada surah tersebut dengan sekali pandang then pandang tempat lain dan cuba visualise perkataan yg telah anda tangkap dgn memory brain anda,cuba bayangkan perkataan tersebut seolah olah berada di depan mata anda tatkala pandang tempat lain,kalau tak dapat,tengok quran semula....practice.........contohnya perkataan Allah dan perkataan Muhammad dalam bahasa arab,pandang sekali imbas then terus visualise tatkala pandang tempat lain seolah olah nampak perkataan tersebut tatkala pandang tempat lain,kira kena kuat visualise lah,practice banyak kali...

Teknik tulis balik ayat quran kat kertas penting juga,tulis banyak kali.....practice......tulis pakai pensel,senang padam,kalau dah habis practice,taknyah buang,just padam baliklah semua pakai pemadam sebab pakai pensel,kalau rajin practice makin senang lah ko nak baca seolah olah nampak ayat quran di depan mata...

2)kedua ialah hafal makna quran penting gak,so pergi mana mana kedai buku agama beli tafsir perkata dan kamus al-quran sebab boleh tahu specific setiap makna perkataan...dr al-baqarah sampai juz amma.Contohnya "samawaati wal'ard"...........yang bererti "langit dan bumi"
so kalau ko hafal dgn mind ko selalu setiap perkataan dlm quran dengan makna bahasa sendiri dengan berdasarkan tafsir perkata dan kamus quran,so ko bila baca quran boleh tau makna

3)yang ketiga ialah pentinglah ko buat control,checking and reviewing,contohnya dalam kepala ko dah ada 500 lebih ayat al-quran,dah banyak surah panjang ko hafal,penting ko buat control,aku bagi example,setiap 5 ayat dari permulaan surah ko kena tau sebutan bagaimana,misal nya ayat ke 5 yassin ko tau sebutan begini..."tanzilalazizirrahim"..........begitu juga 5 ayat seterusnya ko kena tau sebutan bagaimana,maksud aku ayat ke 10....begitu juga seterusnya.....contohnya ayat ke 60 surah yassin begini setelah digandakan dengan 5........."alamahadilaikumyabaniadama................"......teknik nih penting supaya ko tak lost bila baca tanpa tengok quran,kalau ko dah hafal banyak surah,makin tinggi potential ko terpergi ke ayat lain dalam surah lain,kira mix dengan surah lain,so penting lah ada control,ko kena tau ayat ke 5 bunyi sebutan macam mana,ayat ke 10 ,ayat ke 15,ayat ke 20 dan seterusnya.......