Tuesday, January 29, 2013

Surah Yassin

Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca Surah Yassin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.
Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manafa’at kepada pembacanya dikehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.
.
Surah ini juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman).
Allah SWT membacakan Surah Yassin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,“Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, iaitu yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.”
Rasulullah SAW bersabda, “Hatiku menghendaki supaya Surah Yassin berada disetiap hati Ummatku.”

.
KEBERKATAN SURAH YASSIN
Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.
Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:

  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
FADHILAT DAN KHASIAT SURAH YASIN
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya:
Rasulullah SAW bersabda;
1.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.
2.  “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”
3.  “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
4.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”
5.  “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”
6.  “Sesiapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.”
7.  Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”
8.  “Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”
9.  “Sesiapa bersolat sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama Surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.”
10.  “Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
11.  “Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.”
12.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin kerana Allah Azza wa Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan memberinya pahala seperti membaca Al-Qur’an 12 kali. Jika Surah Yassin dibacakan di dekat orang yang sedang sakit, Allah menurunkan untuknya setiap satu huruf 10 malaikat. Para malaikat itu berdiri dan berbaris di depannya, memohonkan ampunan untuknya, menyaksikan saat ruhnya dicabut, mengantarkan jenazahnya, bershalawat untuknya, menyaksikan saat penguburannya. Jika surat ini dibacakan saat sakaratul maut atau menjelang sakaratul maut, maka datanglah padanya malaikat Ridhwan penjaga surga dengan membawa minuman dari surga, kemudian memberinya minum ketika ia masih berada di katilnya, setelah minum ia mati dalam keadaan tidak haus, sehingga ia tidak memerlukan telaga para nabi sampai masuk ke surga dalam keadaan tidak haus.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
13.  Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengunjungi perkuburan lalu membaca Surah Yassin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaan mereka dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di perkuburan itu.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
14.  Imam Ja’far Ash-Shadiq: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Qur’an adalah Surah Yassin. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang hari sebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki. Sesiapa yang membaca di malam hari sebelum tidur, Allah mengutus 1,000 malaikat untuk menjaganya dari keburukan semua syaitan yang terkutuk dan dari setiap penyakit; jika ia meninggal pada hari itu, Allah akan memasukkannya ke syurga, 3,000 malaikat hadir untuk memandikannya, memohonkan ampunan untuknya, mengantarkan ke kuburnya sambil memohonkan ampunan untuknya; ketika ia dimasukkan ke liang lahatnya para malaikat itu beribadah kepada Allah di dalam liang lahatnya dan pahalanya dihadiahkan kepadanya, kuburnya diluaskan sejauh mata memandang, diselamatkan dari siksa kubur, dan dipancarkan ke dalam kuburnya cahaya dari langit sehingga Allah membangkitkannya dari kuburnya kelak.” (Kitab Tsawabul A’mal).

Berikut ini disenaraikan fadhilat dan kelebihan-kelebihan ayat ayat Surah Yassin…Semoga kita semua dapat amal insyaAllah.

Rahsia Kelebihan Ayat 1 - 9 :
Untuk keselamatan diri
Rahsia Kelebihan Ayat 9 :
Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Tapi janganlah digunakan utk elak daripada Kastam/polis. Tu dah niat lain.
Rahsia Kelebihan Ayat 12 :
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Rahsia Kelebihan Ayat 13 - 35 :
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Rahsia Kelebihan Ayat 22 - 23 :
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Rahsia Kelebihan Ayat 29 :
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Rahsia Kelebihan Ayat 30 :
Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Rahsia Kelebihan Ayat 32 :
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam
Rahsia Kelebihan Ayat 33 - 35 :
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur
Rahsia Kelebihan Ayat 36 :
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Rahsia Kelebihan Ayat 37 :
Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Rahsia Kelebihan Ayat 38 :
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Rahsia Kelebihan Ayat 39 :
Mengisahkan ilmu falak.
Rahsia Kelebihan Ayat 40 :
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Rahsia Kelebihan Ayat 41 :
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Rahsia Kelebihan Ayat 44 :
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Rahsia Kelebihan Ayat 45 - 48 :
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Rahsia Kelebihan Ayat 49 :
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Rahsia Kelebihan Ayat 50 :
Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Rahsia Kelebihan Ayat 58 :
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Rahsia Kelebihan Ayat 76 :
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Rahsia Kelebihan Ayat 78 - 79 :
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.
Rahsia Kelebihan Ayat 79 :
Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Rahsia Kelebihan Ayat 82 :
Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat
  • Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Seelok-eloknya dibaca :
  1. Selepas sembahyang subuh
  2. 3 Jumaat berturut-turut
  3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
  4. Ayat 38 - 12x
  5. Ayat 58 - 7x
  6. Ayat 82 - 14x
  7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
  8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
  9. Perlu yakin, insyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Selamat Beramal!
.
Surah Yassin ini hendaklah dibacakan selalu ketika orang sakit, tengah nazak, sedang koma atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama ayat 12), supaya orang tersebut berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita pula akan menyusul.
.
Begitu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui amalan pembacaan Surah Yassin seperti yang telah disebut di atas. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang melalui hatinya seperti juga Surah Yassin hati kepada Al-Quran; Oleh kerana itu marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah SWT melalui ibadah dan bacaan Surah Yassin yang banyak manfaatnya ini. InsyaAllah.


Saturday, April 28, 2012

Strategi solat berjemaah

solat secara seorang diri 5 waktu=5 darjat

solat berjemaah 5 waktu,5 waktu times 27darjat=135 darjat

seandainya seminggu 135 darjat times 7days=945 darjat

actually strategi solat berjemaah penting seperti;

1)sentiasa tahu bila tiba masuk waktu solat.Apps muslim pro daripada google apps playstore adalah terbaik.

2)identify lokasi surau dan masjid yg berdekatan sama ada berhampiran tempat tinggal atau tempat kerja atau berhampiran anda ketika anda berada di mana mana sahaja,kalau kat waze,just taip perkataan "masjid" .Confirm akan bagitau location masjid paling dekat.

3)berdiri sebelah kanan seseorang yang sedang bersolat dan angkat takbir yang boleh didengar supaya dapat berjemaah

4)communicate dengan tegur dan bersapa dgn orang lain sekeliling untuk mengajak berjemaah seperti berkata "jemaah" ...."sembahyang"...."jom solat"..tak kisah lah sama ada kawan atau officemate ataupun seseorang tidak dikenali ketika di surau

5)communicate dan mengajak isteri,ahli keluarga atau adik beradik sendiri untuk berjemaah

6)bersedia untuk qamat untuk mengajak berjemaah tak kisah lah sama ada jemaah di rumah untuk family ataupun surau

7)ability untuk jadi imam,dah ajak jemaah,sure kena bersedia menjadi imam

8)solat subuh berjemaah di masjid atau surau,paling lambat bangun pun kena setengah jam sebelum azan subuh sebab awal pagi,obviously sebelum tidur baca ayatul kursi 3 kali,alarm clock pelu pasang,kalau ada version azan clock pun bagus juga,make sure paling lambat tidur pukul 1 pagi

9)solat zohor,asar,maghrib,isyak pula....5 minit sebelum azan perlu berjalan ke masjid,kalau solat waktu isyak tuh...hujan sikit sikit je pergi jelah dgn kereta ataupun berjalan kaki pakai payung

10)seandainya ruang tempat solat kecil di tempat kerja sehingga sukar untuk berjemaah,cuba lah sedaya upaya solat zohor berjemaah di masjid berdekatan ketika waktu lunch tengah hari,cuba solat berjemaah asar juga jika berkesempatan,jika tidak sempat pandai pandai lah after office hour turun solat asar kat mana mana surau kat kl yg sentiasa ada pengunjung untuk solat,berdiri sebelah kanan sesiapa yang sedang solat dan angkat takbir yang boleh didengar,senang terus jemaah,solat asar secara berjemaah yg paling tough dan susah nak dapat time weekdays sebab waktu awalnya adalah ketika office hour seandainya ruang tempat solat kecil di office

sebenarnya bagi lelaki muslimin yang betul betul serius dalam dunia hafazan cubalah jangan skip solat lima waktu berjemaah....jika perkara yang berkaitan dengan sunnah no 1 Rasulullah SAW pun tidak buat,apatah lagi hendak menghafalnya,menghafal quran bukannya sekadar menghafal sahaja tetapi perlu lah memahami isi kandungannya,syariat,perintah Allah SWT dan melakukannya(amalkan)...so akan effect lah kepada hafazan jika tidak melakukan sepertimana yang terkandung di dalam al-quran

Firman Allah SWT

 Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. 

Surah Al Baqarah ayat 43




Buku


amat rugi jika kehidupan ini

1)tidak kenal,kaji dan fahami sedalam dalamnya 99 nama Allah SWT
2)tidak kenal,kaji dan fahami sedalam dalamnya sifat 20 Allah SWT
3)tidak menimba ilmu kata kata Allah daripada hadis Rasulullah SAW
4)tidak memahami erti dan makna kata kata Allah di dalam Al-Quran melalui tafsir

amat rugi jika tidak mengenal ilmu makrifat(ilmu ketuhanan),

caranya mengenal.........combination of attacking play,pergi beli buku buku agama kat

1)darul numan,office dia kat wisma yakin tingkat 1,turunlah untuk usha

http://www.darulnuman.com/

kat wisma yakin ada 3 kedai buku agama,salah satu kedai kat ground floor,di tingkat satu adalah kedai buku darul numan,dan satu lagi kat tingkat dua iaitu kedai buku fajar yg ada pelbagai buku agama daripada malaysia,middle east,indonesia yg diterjemahkan kepada bahasa melayu,semua inevitable mate...mmg betul betul deadly....maksud aku,buku yg betul betul... sangat sangat bagus sekali

2)Al hidayah,office dia kat batu caves,turunlah untuk usha

http://www.hidayah.com.my

3)saba islamic media,kedai dia kat setiawangsa

http://saba.com.my


4)telaga biru

http://www.telagabiru.com.my

5)PTS

http://pts.com.my/

daripada website website di atas ada yg mmg boleh beli daripada online,publication di atas antara yg top lah dan sering didapati di kedai buku agama di wisma yakin,jalan tuanku abdul rahman berhampiran sogo,mph bookstores,kinokuniya

actually tajuk tuh yang penting....contohnya ada tajuk........

"cinta dan rindu kepada Allah"..........sure angkat,ilmu makrifat neh seandainya sudah tahu... bila apply dalam solat,baca quran dan berzikir ada kelainannya

Sunday, January 29, 2012

Website

Berikut beberapa website yang amat bermanfaat

 http://quranexplorer.com/quran/

link website di atas penting untuk hafal specific range satu ayat berulang ulang kali ataupun mengikut mana mana range yang anda suka secara berulang ulang kali,boleh pilih bacaan daripada pelbagai qari seperti sudais,saad ghamidi,khusairy,mishary,dan ada translation iaitu tafsir kepada pelbagai bahasa.Anda tak perlu download dan boleh dengar terus secara online internet

http://www.globalquran.com

link website di atas ada presentation tafsir perkata setiap perkataan tetapi dalam perkataan english dan pada masa sama anda boleh dengar specific range satu ayat berulang ulang kali mp3 audio daripada pelbagai qari terkenal seperti sudais,saad ghamidi,khusairy dan terdapat juga tafsir dalam pelbagai bahasa,tafsir dalam bahasa melayu pun ada juga

http://www.versebyversequran.com/site/download

link website di atas untuk download specific satu ayat dan play berulang ulang kali

http://www.imaanstar.com/juz30.php

link website di atas adalah software al quran download yang juga boleh accomodate kepada specific range

kalau download memang memerlukan memory dan kalau terus online sahaja tak require memory capacity,so gunakan teknologi yang sedia ada daripada online mobile phone,iphone,blackberry etc

Thursday, January 26, 2012

Tafsir Al Quran Perkata


http://pustakaiman.blogspot.com/2011/03/tafsir-al-quran-per-kata-resam-othmani.html

For sharing,tafsir nih ada jual di MPH bookstores dan kedai kedai buku di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran sogo,tafsir nih berbeza dengan tafsir al Quran yang lain sebab ada specification maksud perkataan dalam sesuatu ayat,boleh rujuk blog di atas neh untuk illustration presentation
Bagi peminat hafazan Quran,obviously anda tahu kenapa tafsir Al-Quran Perkata nih terlalu penting
Sila submit email anda di ruangan sebelah kanan untuk mendapat update post post akan datang



Sunday, January 15, 2012

Revision

revision surah yang anda sudah hafal secara rilek

1)revise bacaan surah yang anda hafal dalam hati sambil dalam keadaan anda seolah olah dengar bacaan rentak dan irama daripada imam sudais,ko tak play on mp3 tuh tapi ko baca dalam hati dalam keadaan seolah olah ko dengar bacaan imam sudais daripada mp3,ini bermakna ko hafal stail bacaan imam sudais

2)guna teknik sama juga di atas,cuma add on pancaindera,skill di atas berkenaan dengan hati,guna teknik sama juga di atas tapi add on pancaindera which is otak,sebenarnya memang boleh ko baca dalam hati dan dalam keadaan mp3 seolah olah play on and at the same time ko boleh visualise perkataan tuh seolah olah berapa di depan mata tanpa tengok quran.

3)baca mana mana ayat ke berapa tanpa rule...tak kisahlah sama ada guna salah satu skill di atas ataupun secara lisan...contohnya ketika berjalan jalan kaki kemana mana ataupun sementara tunggu tren sampai ke...tak kisah sama ada start daripada ayat 15,20,25......43,61,79

4)obviously wajib dengar mp3 surah sebagai revision sebab ko memang kena sentiasa maintain dalam memory ko tentang rentak irama bunyi,aluran suara,berhenti di mana,sambung ke tak ayat tuh,panjang pendek,perlu simpan memory stail bacaan surah 100% oleh imam daripada mp3,perlu ingat telinga merupakan major function memory

5)obviously yang no 1 tuh tak boleh malas lah,kena rajinlah,itu tak perlu buka mulut pun,just baca dalam hati,even tough ko dah hafal satu surah tersebut tapi still tak capture 100% rentak irama tersebut tapi tak mengapa,just baca je dalam hati,ini revision paling rilek sekali

Apa yang aku cerita kat atas neh,semua tuh revision rilek seandainya ko rasa bz ketika weekdays,so time weekend ko buka lah quran untuk revise surah surah yang ko dah hafal

kesimpulan:just buat rilek rilek je tanpa pressure,tak perlu terburu buru,yang paling penting niat semata mata kerana cintakan Allah SWT.Pernah disebutkan kisah tentang seorang hamba Allah yang sudah bunuh 100 orang tapi masih diampunkan oleh Allah SWT walaupun mati dalam perjalanan kerana ingin menuju destinasi di mana dia ingin bertaubat nasuha,kerana niat dia yang ingin bertaubat nasuha...... Allah SWT Maha Pengampun walaupun berlaku pendebatan di antara malaikat rahmat dan malaikat azab ketika itu

Niat semata mata kerana Allah SWT tuh dah kira dicatat kebaikan seperti kita dah buat walaupun tak sempat kerana ajal,perlulah istiqamah ketika berbuat kebaikan dalam menuju cita cita nak menghafal quran

Monday, December 12, 2011

Kelebihan Al Hafiz Quran Penghafal Quran

Allah telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di bawah.

1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.” Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: “Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.

2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI

Sabda rasulullah s.a.w:

“Daripada Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan, “Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”

3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA

Sabda rasulullah s.a.w “Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; “Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,”

4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.

Sabda rasulullah s..a.w “Daripada Abu Musa Al Asya’ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil.”

5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SEKSA

Sabda rasulullah s.a.w.

” DaripadaAbdullah Bin Mas’ud ra. Daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: ” bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-quran.

Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira.”

6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT

Sabda rasulullah s.a.w. :

“DaripadaIbnu Mas’ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; “yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran.”

7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W

Sabda rasulullah s.a.w.:

“Daripada Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.

Kemudian nabi s.a.w. bertanya, “dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?” apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad.”

8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA

Sabda rasulullah s.a.w.:

“Daripada Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, “Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka.”

9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN

Sabda rasulullah s.a.w.:

“Daripada Abu Hurairah ra.daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: “orang yang hafal Al Quran nanti pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata; “Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru.” Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:

“Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya.” Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, “Wahai Tuhan, redailah dia.” Maka kepadanya di katakan; “Bacalah dan naiklah.” Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan.”

10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKALAN PALING BAIK.

Sabda rasulullah s.a.w.:

“Daripada jabir bin nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu Al Quran.

11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.

Sabda rasulullah s.a.w.:

“Daripada Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda: “Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya: “Apakah anda mengenalku?”.

Penghafal tadi menjawab; “saya tidak mengenal kamu.” Al Quran berkata; “saya adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya: “kenapa kami di beri dengan pakaian begini?”. Kemudian di jawab, “kerana anakmu hafal Al Quran.”

Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan, “bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya.” Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)

12.AKAN MENEPATI KELAS TERTINGGI DI DALAM SYURGA.

Sabda rasulullah s.a.w.:

“Daripada Sisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.

Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :

  • Ganjaran di dunia.
  • Ganjaran di akhirat.

Ganjaran di dunia

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :

  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat

  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)